Friday 27 December 2013

Suratan Hidupku :D

Assalamualaikum.... Hmm.. rsenye blog ni kne tukarlh... jadi blog personal.. Haha sbb owner nye dh malas nk update.. Hwahwahwa!!
(Dh brhabuk blog ni)

Monday 11 February 2013

Arnab UnTuK PengHabiSaN "StoK"..

Assalamualaikum Salam 1 Malaysia!!! :D

Oleh sebab kami ingin menghabiskan arnab2 kami secepat mungkin, kali ini kami menawarkan harga yang istimewa untuk anda!!

Setiap arnab yang berumur 2 bulan ke bawah : RM20 sahaja seekor.

Setiap arnab yang berumur 2.1 bulan ke atas : RM45 sahaja seekor.

[[Setiap jenis arnab sama harga seperti di atas]]

Yang berminat bolehlah hubungi nombor berikut: 0196485696/0172999744
FIRST COME, FIRST SERVE!

UpdaTeD: 11/2/2013 (isnin)


Friday 29 April 2011

Arnab Kini Untuk Dijual!!

Cepat!
Ade Bnyk jenis..
Mix Angora, Lionhead, biasa...

Mix: RM45.00
Lionhead: RM40.00
Biasa: RM20.00-RM25.00..

Call saya: 0196485696/0132538567

FIRST COME FIRST SERVE!



                         


Sebelah kanan nih
nama die Mi...
Jenis Angora Mix Arnab Biase..









Sebelah kiri nih,
Adik beradik jantan betina,
kiri jantan, brnama Willy..
kanan betina, brnama Pachie..
Tp nie not for sale..
Nk jadikn baka.



Monday 28 March 2011

Mengapa saya suka arnab

Setiap sesuatu yang dijadikan Allah snt. ada kelebihannya dan kekurangannya. Kita perlu melihat kepada sudut positif atau kebaikannya melebihi dari keburukannya. Ustaz didalam radio IKIM pernah menyebut supaya mendidik mata kita ini menjadi mata lebah. Kerana mata lebah melihat yang indah-indah iaitu bunga untuk mendapatkan madunya. Jangan jadi macam mata lalat. Sebab lalat suka melihat yang buruk dan busuk-busuk sahaja.Begitu juga dalam hal pengarnaban ini, arnab adalah haiwan yang comel dan cantik. Ia membekalkan banyak perkara yang baik dalam hidup kita. Melihatnya sahaja boleh menceriakan kita. Kebanyakan anak-anak kecil sukakan arnab.

Sekarang ni heboh diperkatakan tentang ramainya masyarakat kita yang sakit mental. Banyak perkara yang boleh menyebabkan penyakit ini menjangkiti seseorang. Namun melalui pembacaan saya diantara penyebab utama ialah stress atau tekanan melampau. Untuk menghilangkan tekanan peringkat awal, saya syorkan agar  kita membela haiwan peliharaan. Selain kucing, arnab adalah haiwan yang sesuai untuk semua orang yang kesunyian dan tertekan. Saya juga telah mempraktikkannya dengan memberi arnab saya kepada nenek saya yang tinggal berdua dengan atuk saya. Nampak kegembiraan pada wajah mereka semasa melayan karenah arnab-arnab tersebut. Saya rasa ramai orang yang bersara boleh membela arnab sebagai satu terapi yang baik untuk mental yang sihat....

Oleh itu segera dapatkan arnab-arnab yang comel dari kami di Arnab Jambu... untuk pesara, kami boleh memberi harga potongan istimewa... kerana yang penting kami ingin melihat seluruh masyarakat kita sihat mental dan fizikal.

Releif your daily stress with our cute bunny @ 019 648 5696

Friday 18 March 2011

Bermulanya disini....

Salam perkenalan kepada semua pembaca blog ini ...

Terjerumusnya saya kedalam dunia pengarnaban ini secara tidak sengaja.Tahun 2009, Opah yang tinggal berdekatan dengan rumah saya telah memberi 2 ekor arnab betina kepada saya. Lepas tu ada pulak yang derma 2 ekor arnab jantan haa lepas tu its all history! Ari ni saya dah ada 60 ekor ....walau apapun ia satu dunia baru yang mengujakan. Bila mak balik keja dia akan tolong beri arnab makan. Abah pun tolong juga ambil rumput israel dari kebun kat atas tu sekurang-kurangnya ada makanan tambahan. Namun sebagai orang baru, tanpa ilmu arnab mungkin penternakan ni taklah menjadi sangat. Terima kasih kepada abang Fahmi Arnab Kiut dan penternak arnab yang lain yang banyak kongsi ilmu mereka...

Pokok-pokok cili dan sayur kat kebun mak pun gemuk-gemuk hasil dari baja arnab. Yang bestnya kesan dari ternak arnab ni jiran-jiran mak seronok dapat baja free.Hari-hari diorang amik tahi arnab tu untuk simpan buat baja kat kebun diaorang. Ada jugaklah menafaat ternak arnab kat kawasan saya ni.
Baru-baru ni kucing saya pun dah dapat baby 4 ekor...comel-comel dan montel sumenya. Nanti saya upload gambarnya. Anak-anak arnab masih kecil lagi belum sampai sebulan umurnya. Kalau dah 8 minggu saya akan buka ruang untuk jualan.

Ok itu saja untuk kali ini ...bye!

CoMeLnyA ArNaB NiE....!

ArnAb UntUk dIJuAL!
LionHeaD, Arnab biasa, Campuran!


UntuK peRmiNTaAn, SilA dAil noMBor Yg BrIKuT:
0196485696, 0172999744