Monday 28 March 2011

Mengapa saya suka arnab

Setiap sesuatu yang dijadikan Allah snt. ada kelebihannya dan kekurangannya. Kita perlu melihat kepada sudut positif atau kebaikannya melebihi dari keburukannya. Ustaz didalam radio IKIM pernah menyebut supaya mendidik mata kita ini menjadi mata lebah. Kerana mata lebah melihat yang indah-indah iaitu bunga untuk mendapatkan madunya. Jangan jadi macam mata lalat. Sebab lalat suka melihat yang buruk dan busuk-busuk sahaja.Begitu juga dalam hal pengarnaban ini, arnab adalah haiwan yang comel dan cantik. Ia membekalkan banyak perkara yang baik dalam hidup kita. Melihatnya sahaja boleh menceriakan kita. Kebanyakan anak-anak kecil sukakan arnab.

Sekarang ni heboh diperkatakan tentang ramainya masyarakat kita yang sakit mental. Banyak perkara yang boleh menyebabkan penyakit ini menjangkiti seseorang. Namun melalui pembacaan saya diantara penyebab utama ialah stress atau tekanan melampau. Untuk menghilangkan tekanan peringkat awal, saya syorkan agar  kita membela haiwan peliharaan. Selain kucing, arnab adalah haiwan yang sesuai untuk semua orang yang kesunyian dan tertekan. Saya juga telah mempraktikkannya dengan memberi arnab saya kepada nenek saya yang tinggal berdua dengan atuk saya. Nampak kegembiraan pada wajah mereka semasa melayan karenah arnab-arnab tersebut. Saya rasa ramai orang yang bersara boleh membela arnab sebagai satu terapi yang baik untuk mental yang sihat....

Oleh itu segera dapatkan arnab-arnab yang comel dari kami di Arnab Jambu... untuk pesara, kami boleh memberi harga potongan istimewa... kerana yang penting kami ingin melihat seluruh masyarakat kita sihat mental dan fizikal.

Releif your daily stress with our cute bunny @ 019 648 5696

No comments:

Post a Comment